ePanta$ by RCE vs Xanderia Usage & Stats

Selamat datang ke ePanta$, aplikasi pembiayaan peribadi patuh Syariah yang direka khas untuk penjawat awam Malaysia. Platform digital komprehensif kami direka untuk memberi anda pengalaman yang mesra pengguna, membolehkan anda dengan lancer menghantar memohon pembiayaan peribadi dan melindungi maklumat kewangan anda. Anda boleh memohon pembiayaan peribadi patuh Syariah sehingga RM300,000 pada kadar keuntungan yang tetap tanpa cagaran. Proses permohonan yang MUDAH dan CEPAT sepantas 24 Jam. Mengapa pilih ePanta$? • Memohon pembiayaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja • Bandingkan semua tawaran yang tersedia dan pilih yang paling sesuai dengan keperluan anda • Permohonan yang dihantar melalui ePanta$ dilindungi oleh kata laluan keselamatan anda dan One Time Password (OTP) • Dapatkan status permohonan anda yang terkini • Akses kepada rekod sejarah permohonan anda yang lalu Fungsi ePanta$ • Isi maklumat lengkap permohonan anda • Ambil gambar atau muat naik dokumen sokongan anda • Log masuk dari semasa ke semasa untuk mengikuti tindakan lanjut permohonan anda Ciri-ciri produk • Tempoh minima bayaran balik: 1 tahun • Tempoh maksima bayaran balik: 10 tahun • Kadar keuntungan minima: 6.65% setahun • Kadar keuntungan maksima: 9.99% setahun • Kadar keuntungan efektif: Sehingga maksima 15.86% setahun Pengiraan: • Jumlah keuntungan: P x I x N • Harga jualan: P + (P x I x N) • Ansuran bulanan: ((P x I x N) + P) / n P = Jumlah kemudahan I = Kadar keuntungan setahun N = Tempoh dalam tahun n = Tempoh dalam bulan Contoh: Jumlah kemudahan – RM10,000 Kadar keuntungan setahun – 6.65% Tempoh dalam tahun – 10 years Tempoh dalam bulan – 120 months • Jumlah keuntungan: RM10,000 x 6.65% x 10 tahun = RM6,650 • Harga jualan: RM10,000 + (RM10,000 x 6.65% x 10 tahun) = RM16,650 • Ansuran bulanan: ((RM10,000 x 6.65% x 10 tahun) + RM10,000) / 120 bulan = RM138.75 Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.yir.com.my atau http://www.yyp.com.my Tersedia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. ePanta$ ialah cara terbaik untuk anda memohon pembiayaan peribadi dengan pengalaman yang lebih mudah dan selamat. Lindungi masa depan kewangan mulai sekarang.
  • Apple App Store
  • Paid
  • Finance

Store Rank

- -

SELAMAT DATANG ke Xanderia Shariah Financing, suatu Aplikasi yang menyediakan pembiayaan peribadi patuh syariah secara eksklusif untuk penjawat awam di Malaysia. Aplikasi ini adalah suatu platform digital lengkap untuk permohonan, pemprosesan dan pengurusan pembiayaan yang direka untuk memperkasakan anda! Tingkatkan kemampuan kewangan anda dengan pembiayaan patuh syariah sehingga RM150,000 pada kadar yang tetap. Tiada jaminan atau pemarkahan kredit diperlukan. Syarat-syarat Kelayakan • Penjawat Awam Warganegara Malaysia Berjawatan Tetap (tempoh bekerja minimum selama 12 bulan) • Usia minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun pada penghujung tempoh pembiayaan • Dengan pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap • Untuk penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan di bawah skim pencen Dokumen Sokongan Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan hanyalah MyKad dan penyata gaji rasmi 3 bulan terkini anda dalam bentuk PDF. Pengesahan Identiti yang Selamat Identiti anda akan disahkan melalui sistem Electronic Know-Your-Customer (eKYC) yang disediakan oleh CTOS. eKYC ialah proses pengesahan 2-langkah MyKad anda yang mudah dan memastikan data anda selamat. Patuh Syariah Proses Tawarruq dilaksanakan melalui kaedah dwi-agensi (Wakalah Duaan) seperti yang diperakui oleh Bank Negara Malaysia. Kaedah ini membolehkan transaksi pertukaran komoditi berlaku dengan lancar dan dapat mengelakkan anda daripada lewat menerima wang pembiayaan anda. Pengurusan Kewangan yang Mudah Pemotongan gaji dari sumber melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengurangkan beban pengurusan kewangan anda secara manual. Anda juga boleh memantau penyata akaun anda bersama kami melalui Aplikasi ini dengan mudah. Notifikasi Segera Dapatkan notifikasi serta-merta pada setiap langkah penting proses permohonan pembiayaan. 5 Langkah Proses Pembiayaan • Langkah 1: Muat turun dan lancar Aplikasi Xanderia • Langkah 2: Lengkapkan proses permohonan (pengesahan MyKad dan memuat naik penyata gaji rasmi 3 bulan terkini anda dalam bentuk PDF) • Langkah 3: Kelulusan awal (Semakan Perjanjian Pembiayaan dan Penerimaan melalui e-tandatangan) • Langkah 4: Menyelesaikan Proses BPA (Muat turun borang BPA dan senarai semak untuk serahan salinan cetak) • Langkah 5: Kelulusan akhir dan Wang Tunai Dimasukkan ke Akaun Anda* * Tertakluk pada Terma dan Syarat. Muat turun Aplikasi Xanderia sekarang untuk dapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah anda! Di XANDERIA BERHAD, kami berhasrat untuk menyediakan produk yang disasarkan khusus untuk pasaran yang kurang mendapat perhatian oleh penyedia perkhidmatan kewangan sedia ada, termasuk komuniti B-40. Oleh itu, nantikan pelbagai perkhidmatan menarik yang akan kami tawarkan kepada anda! Aplikasi Xanderia Shariah Financing akan meminta kebenaran untuk perkara berikut: • Akses ke Kamera anda untuk pengesahan identiti anda melalui sistem eKYC • Akses ke Media anda untuk membolehkan anda memuat naik dokumen sokongan (penyata gaji) • Akses ke Lokasi anda untuk memudahkan anda mencari lokasi pejabat kami untuk penyerahan dokumen BPA, jika perlu
  • Apple App Store
  • Paid
  • Finance

Store Rank

- -

ePanta$ by RCE vs. Xanderia ranking comparison

Compare ePanta$ by RCE ranking trend in the past 28 days vs. Xanderia

Rank

No Data Available

ePanta$ by RCE vs. Xanderia ranking by country comparison

Compare ePanta$ by RCE ranking trend in the past 28 days vs. Xanderia

All categories

No Data Available

Finance

App
Top Country
Rank
#152
- -
- -

Compare to any site with our free trial

Get started
ePanta$ by RCE VS.
Xanderia

January 6, 2025